Sunday, August 21, 2011

10 tahun vs 1 minggu

bayangkan kanak-kanak 10 tahun, dipaksa utk memarahi bayi yang baru 1minggu. sanggup ke tidak?
sudah tentu tidak.kerana setiap insan diberi keistimewaan sikap ihsan sebenarnya.cuma kita je kadang2 tak prasan kita ade sifat ihsan tu.

ok. sy sebenarnye nak cerita pasal ape yang saya lihat,saya rasa dan saya fikir.
beberapa hari yang lalu,(start cite) sedang saya melepak di kedai makan yang ade suasana open(bulan & bintang di atas, kereta & motor di depan)..

Tiba-tiba gempar bunyi letupan. ya. bulan puasa ni tak sah kalo xdgr bunyi mercun.
lagi2 dkat nak raya ni.
tapi yang tak cantiknya,suasana malam tu jadi kucar kacir.
burung-burung terbang melarikan diri.
dapat juga aku tengok diwajah orang awam lain memandang ke langit dengan penuh kasihan.
mungkin mereka merasai apa yang dirasai burung-burung itu.
rumah yang diduduki yakni pokok besar itu telah di bom oleh orang yang baru seminggu bertapak di sana.
saya tak mahu salahkan sesiapa.
tapi sebagai manusia,kita ada sifat ihsan tu sebenarnya.
carilah,dan amalkan. kita tak tahu apa burung-burung tu doa atau mencarut pabila kita buat macam itu pada rumahnya.

Anda sendiri tak sanggup pabila rumah yang anda duduki berpuluh-puluh tahun diganggu orang,jadi janganlah menzalimi & menganiayai binatang juga.

No comments:

Post a Comment